Sunday, October 19, 2008

SATU PENGAJARAN BUAT SEMUA....

hari ni apabila saya buka blog che hisyam (bekas lecture sport) berkenaan "guru ditendang".. teringat pulak pengalaman saya semasa di bulan puasa di tempat tinggal saya disini... kolej komuniti pasir salak tidak disediakan hostel untuk pelajar.. jadi taman perumahan didepan kolej ni dijadikan sebagai 'hostel' mereka.. tapi terbuka kerana bercampur gan penduduk setempat... dalam pertengahan puasa, kebetulan saya dan teman rumah pulang kerumah agak lewat sedikit, yelah nak g shopping kami terpakasa keluar ke bandar ipoh or teluk intan yg mengambil masa perjalanan sejam lebih... mungkin Allah nak tunjuk kat kami apa xtvt pelajar kami diwaktu malam... samapi disimpang rumah kami, saya ternampak beberapa org lelaki bertenggek dirumah pelajar perempuan.. saya behenti kereta di depan rumah mereka, untuk saksikan apa yg mereka buat,,, apabila ditanya, mereka menjawab .. "alah kami nak bertukar2 lagu je (handphone).. kami sibuk pada waktu siang, jd kami hnaya ada masa terluang diwaktu malam sahaje" itu yg mereka bg jawapan kat kami... kami menegur mereka supaya beredar dari tempat tersebut. tp pelajar kami ni pun satu hal gak.. "mengatal"... alaih2 kami pulak yg kene marah gan budak lelaki tersebut.. emmmm...... rupenya budak lelaki tersebut adalah penduduk setempat disini.. yelah.. semua tahu bahawa tempat sini (pasir salak) adalh kawasan yg disenarai hitam... mcm2 masalah disini.. sehinggakan saya tak pernak melihat polis membuat rondaan disini sepanjang saya bertugas disini... ha sambung balik cerita td.. selepas kami beredar dari rumah pelajar tersebut, bdk lelaki tersebut mengekori kami gan motor.. dan memarahi kami. nak tahu mereka kate apa.. "apa masalah sebenarnya cik.." kite pulak kene.. dan mereka rem moto dodepan rumah kami.. berkali2.. membuatkan kami lak takut... selang beberapa hari.. temen rumah saya ni mempunyai kawan yg bekerja sebagai pegawai polis di Ipoh, dia pulak bagi warning kat saya, dia kate.. "kalau awak dah rase cukup ilmu didada, awak boleh la menegur mereka, tp kalau rase belum cukup lagi, jgn memandai tegur mereka"... aik... apa dah jadi ni.... saya pulak yg kene gan polis ni... menurut beliau lagi.. polis sendiri pun tak beranai nak ke sana (pasir salak).. lagi la saya geram!!!! jd apa sebenarnya tugas polis disini.. ke POLIS YG TAK BOLEH HARAP????.. mintak maafla kawan2, kadang2 saya geram lak.. bunyinya mcm kami sebagai pengayarah disini tak berhak unutk menegur kesalahan pelajar kami.. ibarat kate, kalau mereka buat maksiat sekalipun, kami hanya buat tak tahu, buat tak nampak... Ya Allah takutnya saya..... patutla ramai pensyarah yg tak sangup tinggal di kawasan sini (pasir salak), mereka sanggup berulang jauh dari kolej,.. ada yg berulang dari Sri Iskandar, ipoh, Telik Intan dan Batu Gajah.... saya juga merima adaun daripada pelajar saya, pernah berlaku kecurian di sini, apabila membuat aduan ke balai polis, mereka tak ambil peduli pun, bukan nak datang jenguk tengok keadaan disini, kelibat kereta polis pun tak ada... emmmm... buang la baju seragam polis anda tu.... emmmmm... macam MARAH je bunyinya kan..... agak mrah gak la.. tapi apa boleh buat...... risau pulak saya bile mendengar mcm2 kes disini... untuk melakukan aktiviti sukan seperti jogging, kayuh basikal ke pun agak kekok disini.. yelah dalam kepala mcm2 dipikirkannya... ish.... mintak dijauhkan semua tu..... subhanallah..........

5 comments:

Lennyek said...

Polis mkn gaji buta je tu..xleh harap..polis cam tu la yg buat org pandang serong kat polis2 yg lain..
hampeh tol..

hisyamchemat said...

takpa chek... lipat aja apa yang patut. Guna saja ilmu di dada kalau dah keadaan memaksa. Saya doakan chek selamat sejahtera.

Anonymous said...

salam..

ui..hati2 di jalan raya..w.pun baru 1x dtg situ..dapat dirasakan tmpt u 2 "black area"...xpe, i se7 dgn boss..then u better think abt UMT..hehehe..

p_yan1511 said...

UMT??? tu la pasal... bos i mcm tak berapa nak bg lak i g sana... huhuhuhuhuhuhu

hisyamchemat said...

Pikiaq habis2 chek. Hang memang ada potensi jadi pensyarah. Jgn hanya kerana sebab tu nak ke UMT.