Thursday, October 23, 2008

MACAM MANE NI......

salam kepada semua... selamat pagi... awal2 pagi saya masuk opis dengan hati yg gundah gulana.. berbelah bahagi... Ya Allah..... pada minggu lepas saya telah mendapat panggilan telefon daripada kak long saya.. alhamdulliah saya telah ditawarkan untuk Pegawai Belai dan Sukan di Universiti Malaysia Terengganu..

itu satu berita yg saya nanti kan.. yela.. dulu konon2 nak jd pegawai sukan tp tak berpeluang... tapi disini saya rase berbelah bahagi pulak.. disini saya bermula dengan pensyrah sambilan ke kontrak - sementara dan sekarang menuju ke tetap......

saya memang nak balik terengganu,yela memandang universiti tersebut terletak di tanah kelahiran saya...... bos saya cik haslin sangat banyak membantu saya sehingga saya dikedudukan ini.. bila nak behenti mcm bersalah pulak... (emmmm... mcm mane lagi nak cerita ek......)

saya keliru dan tak tahu nak buat pilihan ini..... aduh hai.....

SAYA BUNTU!!!!!!!!!!!! APA PERLU SAYA BUAT??????????? HAAAAAAA!!!!!!!!

nak mintak pandangan buah hati, buah hati tak ada, ada tunang lari... huhuhuhuhuhuhuhu

apabila saya buat perbandingan antara 2 tempat kerja ni.... ok di KOLEJ KOMUNITI - saya selaku pegawai sukan, pensyarah kelas, kursus pendek.. bak kate walaupun pensyarah tapi kami perlu memikul tanggungjawab yg lain... pada masa yg sama kami dinilai dengan perkembangan kursus pendek yg kami anjurkan.. ok di UMT - kalau disana mengikut rujukan kawan saya iaitu Jlo (siti zainab) disana hnaya tumpukan pada bahagian sukan......

macam mane saya nak buat keputusan ni.... kawan2 ada pendapat tak?????? en hisyam... saya blur la....

6 comments:

hisyamchemat said...

Chek,
Memang sukar untuk dibuat pilihan. Teori ekonomi juga mengajar kita tentang kos melepas. Saya dahulupun terpaksa memilih samada ingin menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), OBS Instructor ataupun Pensyarah. Kesemuanya datang serentak. Sebagai muslim sudah tentulah kita perlu kembali kepadaNYA. Cubalah bangun di tengah malam solat tahajud, solat hajat dan solat sunat istikharah. Saya pasti Chek akan bertemu pilihan yang terbaik. Kalau ikutkan saya, Chek sesuai sangat jadi CIKGU macam saya. Peluang dah ada di depan mata, pilihlah yang sesuai untuk masa depan.

FoO dA fIrSt#1 said...

setuju dengan Bos. Kembali semula kepadaNya. mohon petunjuk.

tapi macam ok jer kalau chek stay.

warna warni kehidupan said...

k.check,,
dlm hal ni diri k.check sendiri yg memainkan peranan penting..k.check yg akn membuat keputusan.org lain hanya memberi cadangan dan pendapat.bg diella kedua2 kerja ni ada baik dan buruk..so apa yg bos cadangkn tu adalah jalan yg terbaik..mohon pertunjuk dariNya.insyAllah k.check akn dpt jalannya..ini hanya pendapat dr seorg junior kepada seniornya..

~W.W.K~

cebad said...

assalamualaikum.

kaitkan keputusan anda dgn catatan blog 'satu pengajaran'. cadangan saya, Allah telah membuka pintu utk anda jauhkan drpd terlibat dgn masalah sekarang. dan yg lebih baik pula, anda diberi peluang berkhidmat di tempat sendiri. keputusan pd anda. spt kata yg lain, kembalilah kpd Yang Maha Esa utk jawapanNya.

sname said...

aloo..cek
hehehe..
mana2 pon ok..tapi aku cdngkan stay..
hehe..
sebab aku nengok kk nih mcm pasif skit..
klau ko nak buat program mcm sahsiah ke..
apa2 jer..
ko roger aku..
aku bole tolong mana yg mampu..
aku kat kpt bahg.sukan..
papepon..
mcm boss ckp la.
mintak petunjuk dariNya

p_yan1511 said...

terima kasih en syam dan kawan2 semua....... saya akan cube yg terbaik untuk buat pilihan ini... demi mase depan....